Timbalan Presiden: Subra tunggu pengumuman Palanivel
Terjemahan Walaupun Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu secara rasmi mengumumkan calon timbalan presiden pilihannya, tetapi penyandangnya, Datuk S Subramaniam tetap akan mempertahankan jawatan tersebut.
Terjemahan Walaupun Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu secara rasmi mengumumkan calon timbalan presiden pilihannya, tetapi penyandangnya, Datuk S Subramaniam tetap akan mempertahankan jawatan tersebut.
Semalam, Samy mengumumkan senarai calonnya bagi pemilihan parti itu. Datuk G Palanivel mendapatkan sokongan presiden MIC itu untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
"Saya memerlukan seseorang yang dapat bekerja dengan saya, seseorang yang dapat saya serahkan untuk memimpin parti ini bila sampai masanya," kata Samy dalam laporan akhbar
New Straits Times.
Dalam reaksinya terhadap pengumuman Samy itu, Subramaniam hari ini mengulangi keputusan untuk mempertahan jawatannya dan akan menunggu Palanivel membuat pengumuman rasmi, sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
"Saya sudah menghadapi banyak cabaran sepanjang karier politik saya, dan kali inipun saya sudah bersedia menghadapinya," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Pertandingan proksi?
Subramaniam menegaskan, beliau masih mampu memberi sumbangan kepada masyarakat India dan juga masih releven kepada parti.
Pemimpin veteran MIC itu berkata, walaupun presiden parti itu telah menyatakan sokongannya terhadap calon-calon tertentu, tetapi menurutnya, berdasar pengalaman lalu, tidak semua mereka terpilih.
"Saya tidak mahu melihatnya (pertandingan) sebagai satu pertandingan proksi. Tetapi beliau (Samy) sudahpun menjadi presiden. Kenapa beliau juga mahu menguasai jawatan timbalan?" kata Subramaniam ketika ditanya sama ada Palanivel menjadi calon proksi Samy.
Ditanya sama ada usaha menubuhkan MIC Baru akan menjejaskan kedudukannya dalam parti itu, timbalan presiden itu berkata, beliau "tidak ada kaitan dengan masalah tersebut" dan beliau juga tidak pernah berkomunikasi dengan individu-individu daripada parti baru itu.
"Sama ada mereka melakukannya untuk menjejaskan kedudukan saya? Saya tidak tahu. Itulah sebabnya saya berulangkali berkata jangan cuba kaitkan saya dengan MIC baru," tegasnya.
Pencalonan bagi jawatan presiden akan diadakan Ahad ini di mana Samy dijangka sekali menang tanpa bertanding bagi penggal ke-10.
G Palanivel belum lagi membuat sebarang pengumuman sama ada akan mencabar Subramaniam bagi jawatan timbalan presiden MIC. Berita asal

