Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
MP Kuala Lumpur jadi anggota majlis menteri bantu kementerian, DBKL

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini mengumumkan pelantikan enam anggota parlimen dalam Kuala Lumpur sebagai anggota majlis menteri bagi membantu tugas kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Keenam-enam yang dilantik merupakan anggota parlimen yang belum memegang jawatan eperti menteri, timbalan menteri dan duta, dan pelantikan berkuat kuasa serta-merta, kata Khalid.

Enam anggota parlimen tersebut ialah:

  • Nik Nik Nazmi Ahmad (Setiawangsa) - pendidikan 
  • Fong Kui Lun (Bukit Bintang) - pelancongan, seni dan budaya
  • P Prabakaran (Batu) - belia dan sukan 
  • Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju) - kesihatan dan hal ehwal wanita 
  • Lim Lip Eng (Kepong) - trafik dan infrastruktur
  • Fahmi Fadzil (Lembah Pantai) - sosial dan pembangunan ekonomi

"Pelantikan ini untuk membantu Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL menjalankan fungsi seperti yang disebut dalam portfolio (masing-masing).

"Ia juga akan memberi pengalaman kepada anggota parlimen dalam pentadbiran kerajaan...Jika tidak mereka kekal sebagai anggota parlimen, dan khuatir tak faham peranan sebagai anggota parlimen kerajaan tetapi sebagai anggota parlimen pembangkang," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Khalid berkata surat pelantikan telah diserahkan semasa mesyuarat Majlis Menteri pada 27 Mei lalu dan mereka tidak mendapat elaun tambahan selain elaun kehadiran mesyuarat.

Katanya, kebanyakan portfolio akan dipengerusi Datuk Bandar KL Nor Hisham Ahmad Dahlan, kecuali portfolio pelancongan, seni dan budaya yang dipengerusi beliau sendiri.

Tambah Khalid, kebanyakan portfolio terbabit akan dipengerusikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, kecuali portfolio Pelancongan, Seni dan Budaya dipengerusikan beliau, dan portfolio sosial dan pembangunan ekonomi yang dipengerusi timbalannya Dr Shahrudin Mohd Salleh.

"Saya berharap semua yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik bagi membantu portfolio masing-masing di kementerian dan DBKL.

"Saya juga berharap mereka dapat berhubung terus dengan badan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam menjalankan tugas-tugas mereka," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS