Malaysiakini
BERITA

Pemandu e-kelui cedera ditembak penumpang

Bernama

Diterbitkan

Seorang pemandu perkhidmatan e-kelui (e-hailing) mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dan ditembak menggunakan senapang angin oleh penumpangnya di Jalan FAC Matang di Kuching, kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong, berkata di awal kejadian pemandu yang berusia 40 tahun itu telah mengambil seorang penumpang warga asing di Kuching Sentral untuk dihantar ke Jantayu Strawberry Farm.

“Semasa dalam perjalanan, suspek mengarahkan pemandu itu memberhentikan kenderaan, sebelum bertindak memukul kepalanya menggunakan tukul dan menembaknya menggunakan senapang angin buatan sendiri.

“Lelaki yang cedera itu kemudian lari ke hutan yang berdekatan untuk menyelamatkan diri. Kini lelaki itu berada di Hospital Umum Sarawak untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Denis berkata usaha untuk menjejaki suspek kini giat dijalankan.

-Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.