Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemantau pilihan raya, Bersih menuntut kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk meneliti dakwaan salah laku bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ).

Tuntutan itu dibuat selepas tribunal siasatan berkaitan hal tersebut pada minggu lepas mendapati perkara berkenaan bersifat akademik kerana mereka telah pun meletakkan jawatan.

Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann, berkata keputusan itu memberi amaran kepada pegawai kerajaan yang cuba melarikan diri dengan meletakkan jawatan sebelum mereka disiasat.

Tambahnya, Bersih menggesa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat dakwaan salah laku itu.

Badan itu turut mencadangkan tempoh siasatan RCI merangkumi waktu dari selepas pilihan raya umu ke-13 sehingga PR14 pada 9 Mei tahun lepas.

Selain itu, pihaknya juga mencadangkan agar RCI itu berdasarkan beberapa rujukan, termasuk mengesyorkan tindakan terhadap bekas pengerusi pesuruhjaya SPR, Hashim Abdullah dan pihak yang terbabit.

Pindaan undang-undang

Menurut Fann, RCI juga perlu mencadangkan pindaan undang-undang sedia ada dengan tujuan untuk mengukuhkan lagi sistem pilihan raya Malaysia.

"Selepas beberapa prosiding, sangat malang dalam keputusan 3-2, ahli panel tribunal yang dipengerusikan oleh Steve Shim Lip Kiong.

“Ia memutuskan bahawa perkara itu telah bersifat akademik kerana kesemua enam anggota SPR telah meletak jawatan.

"Bersih 2.0 berpendapat bahawa keadilan mengambil langkah kebelakang untuk kepentingan dengan keputusan tribunal.

“Ini seakan memberitahu pegawai awam boleh melarikan diri dari salah laku dengan meletakkan jawatan sebelum mereka dapat disiasat,” katanya menerusi sidang media hari ini.

Tribunal terhadap enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan salah laku. Mereka yang dihadapkan ke tribunal pilihan raya ialah bekas anggota SPR Othman Mahmood, Abdul Aziz Khalidin, Md Yusop Mansor, Sulaiman Narawi, Bala Singam Karupiah dan Leo Chong Cheong.

Mereka berdepan 13 dakwaan salah laku ketika menjawat jawatan sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Tribunal itu diketuai oleh Steve Shim Lip Kiong dan turut dibatisi oleh Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha dan Prasad Sandosham Abraham. 

Kelima-lima mereka merupakan bekas hakim mahkamah persekutuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS