Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Makan beras perang zakat RM14, basmathi RM21 seorang
Diterbitkan:  May 31, 2019 1:50 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam khutbah Jumaat hari ini menggalakkan umat Islam untuk menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh mereka.

Kata mimbar, galakan membayar zakat fitrah mengikut harga beras itu bertepatan dengan hadis bahawa bayaran itu berdasarkan makanan yang dimakan.

“Sebagai contoh, sekiranya tuan-tuan menjadikan kebiasaan jenis beras putih import atau beras perang sebagai makanan harian diri dan keluarga, maka digalakkan menunaikan zakat fitrah mengikut nilai harga beras tersebut iaitu RM14 seorang.

“Begitu juga sekiranya tuan-tuan memakan beras basmathi atau beras Jepun untuk diri dan keluarga, maka digalakkan menunaikan zakat fitrah mengikut nilai harga beras tersebut iaitu RM21.00 seorang,” pesan mimbar.

Untuk rekod, berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, bayaran zakat fitrah pada tahun ini di negeri itu ialah sebanyak RM7 seorang.

Kata mimbar lagi, ibadah zakat fitrah yang menjadi kewajipan umat Islam dapat menggembirakan hati asnaf fakir dan miskin dalam menjalani kehidupan di bulan Ramadan, lebih-lebih lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Di samping itu, tambah mimbar, melalui zakat fitrah yang ditunaikan, Allah SWT menjanjikan keampunan dan penyucian dari perbuatan dosa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa.

Lihat Komen
ADS