GLOBAL | Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan enam lagi mangsa dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dalam satu insiden tembakan di Virginia Beach, Amerika Syarikat pada Jumaat, memetik sidang media polis tempatan.

Penyerang turut maut dalam kejadian itu, kata Ketua Polis Virginia Beach, Jim Cervera.

Menurut agensi berita Xinhua, kejadian berlaku pada Jumaat petang di pusat perbandaran bandar Virginia, timur Amerika Syarikat.

"Ia merupakan hari paling dahsyat dalam sejarah Virginia Beach," kata Datuk Bandar Bobby Dwyer.

"Mangsa terdiri kawan, rakan sekerja dan jiran kami," katanya.