5,000 pemimpin BN hadiri taklimat khas PM esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memberi taklimat khas kepada 5,000 pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menjelaskan perkembangan beberapa isu semasa dalam perhimpunan tertutup itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memberi taklimat khas kepada 5,000 pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menjelaskan perkembangan beberapa isu semasa dalam perhimpunan tertutup itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.
Mereka yang akan menghadirinya termasuklah Menteri Besar, Ketua Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib .
"Seluruh ahli parti komponen Barisan Nasional dan Umno memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri dalam menangani isu-isu semasa dan akan turun padang untuk memberi penjelasan kepada setiap pelusuk bahagian parti supaya isu-isu semasa ini tidak dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
"Seluruh jentera penerangan Umno di negeri dan bahagian juga diarah melipatgandakan sesi penerangan mengenai isu-isu semasa seperti kenaikan harga minyak dan isu lain supaya rakyat mendapat kefahaman yang jelas," kata Muhammad dalam satu kenyataan semalam.
Sementara itu, Umno akan menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah yang menarik dalam usaha menambah keanggotaan parti itu di seluruh negara.
Umno tawar hadiah
Bernama memetik Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai berkata, pendekatan itu termasuk memberikan pelbagai hadiah kepada cawangan dan bahagian Umno yang mempunyai paling ramai ahli.
Sehubungan itu, beliau meminta Badan Perhubungan Umno di setiap negeri memikirkan bentuk hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada cawangan dan bahagian yang mempunyai ahli yang paling ramai.
Pendekatan untuk menambahkan bilangan ahli Umno akan dibuat secara berterusan dan setakat ini, ia mendapat sambutan yang baik di seluruh negara, katanya.
Berucap merasmikan kursus pentadbiran melibatkan 205 orang Setiausaha Pergerakan Wanita Umno Bahagian di seluruh negara kecuali Sabah di Port Dickson semalam, Mohd Ali berkata bilangan ahli yang ramai akan meningkatkan lagi kekuatan Umno, terutama dalam menghadapi pilihanraya.
Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata setakat ini Umno mempunyai 3.2 juta ahli.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.