Fokus mingguan: Rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga minyak
Minggu ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman kerajaan menaikkan harga runcit produk petroleum, termasuk diesel sebanyak 30 sen iaitu yang tertinggi pernah dinaikkan setakat ini. Harga baru berkuatkuasa Selasa lalu (28 Februari lalu).
Minggu ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman kerajaan menaikkan harga runcit produk petroleum, termasuk diesel sebanyak 30 sen iaitu yang tertinggi pernah dinaikkan setakat ini. Harga baru berkuatkuasa Selasa lalu (28 Februari lalu).
Berikutan itu, harga petrol naik daripada RM1.62 kepada RM1.92 selitar bagi gred RON 97 naik 18.5 peratus dalam tempoh tujuh bulan. Harga Petrol RON 92 pula naik kepada 1.88 seliter.
Harga diesel juga naik 30 sen atau 23.4 peratus dari RM1.281 kepada RM1.581 selitar.
Turut dinaikkan sebanyak 30 sen ialah harga gas petroleum cecais (LPG) daripada RM1.45 kepada RM1.75 sekilogram.
Di Sabah pula, petrol RON 97 kini berharga RM1.90 seliter, Petrol RON 92 (RM1.88 seliter), Diesel (158.4 sen seliter) dan LPG (183 sen sekilogram). Di Sarawak, Petrol RON 97 berharga RM1.91 seliter, Petrol RON 92 (1.88 seliter), Diesel (RM1.578 seliter) dan LPG (RM1.83 sekilogram).
"Kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit LPG sebanyak 30 sen sekilogram berkuatkuasa esok (Selasa)," kata kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri semalam.
Kali terakhir harga runcit barangan petroleum dinaikkan ialah pada 31 Julai 2005 di mana harga petrol naik 7 peratus atau 10 sen manakala harga diesel naik 23 peratus atau 20 sen manakala harga LPG naik 5 sen.
Jika dibandingkan sepanjang tempoh tiga sampai dua tahun ini, harga diesel telah naik sehingga 102.4 peratus manakala harga petrol pula naik sebanyak 40.1 peratus.
Bantahan rakyat
Walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa harga runcit barangan petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini, namun ia tidak dapat meredakan rasa tidak puashati banyak pihak.
Berikutan, itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik pembangkang telah menganjurkan perhimpunan aman untuk membantah kenaikan harga minya itu, yang dihadiri kira-kira 2,000 Menara Berkembar Petronas semalam (3 Mac).
Beberapa tokoh pembangkang lain, termasuk dari PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), turut berucap membantah membantah kenaikan harga minyak.
Mereka juga merancang akan mengadakan perhimpunan aman sekali lagi Jumaat ini di tempat yang sama jika kerajaan masih tidak menurunkan harga minyak ke tahap sediakala.
Giliran TV3 dan ntv7 minta maaf
Berita mengenai penyiaran karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW dalam media tempatan belum berakhir minggu ini, apabila Stesen televisyen TV3 dan ntv7 pula memohon maaf secara terbuka kerana turut menyiarkan karikatur tersebut secara tidak sengaja dalam segmen berita masing-masing pada 3 Februari lalu.
Permohoinan maaf TV3 itu dibuat menerusi segmen Buletin Utama malam tadi manakala ntv7 mengeluarkan kenyatan media yang diedarkan kepada semua media. Kedua-duanya adalah stesen televisyen milik kumpulan Media Prima.
Sementara itu, beberapa pihak telah menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap satu tinjauan pendapat umum yang disiarkan dalam lamanweb rasmi Jabatan Mufti Perak berhubung isu mempersendakan Nabi Muhammad SAW itu.
Ianya berkaitan satu daripada enam jawapan pilihan yang disediakan, yang berbunyi "Buru dan bunuh atau perangi mereka ". Mereka menyifatkan jawapan tersebut berunsur provokatif dan merbahaya.
Lamanweb Mufti Perak dilanda kontroversi
Mufti Perak ialah Datuk Harussani Zakaria yang terkenal dengan pendirian mengenai Islam yang kontroversi. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Mufti Kebangasaan dan menganggotai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
Bagaimanapun, Harussani Zakaria, mengarahkan supaya jawapan tersebut dikeluarkan selepas diberitahu mengenai perkara tersebut.
Menurutnya, beliau yang tidak dimaklumkan mengenai penyiaran tinjauan pendapat umum yang disiarkan dalam lamanweb tersebut.
Manakala pengedali lamanweb itu, Radzuan Abdul Rani berkata jawapan yang tertera dalam undian pendapat umum itu bukannya pendirian jabatan berkenaan sebalik hanya sekadar satu kaji selidik umum.
Beliau berkata, pihaknya menyediakan pelbagai jawapan untuk menilai reaksi masyarakat khususnya umat Islam, berhubungu isu tersebut, dan tidak bertujuan untuk memprovokasi sesiapapun.
K'jaan lulus permit akhbar Eastern Times
Dalam satu lagi perkembangan berkaitan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah meluluskan permit penerbitan akhbar Eastern Times dan Sunday Eastern Times di Sarawak.
Akhbar tabloid itu diterbitkan berikutan keputusan pihak pengurusan Sarawak Tribune menghentikan penerbitan akhbar itu selepas kerajaan menggantung permitnya tanpa had masa kerana menyiarkan karikatur kontroversi yang mempersenda Nabi Muhammad SAW, awal bulan lalu.
Akhbar baru itu diterbitkan oleh sekumpulan ahli perniagaan Sarawak yang ingin mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sarawak Tribune.
Palanivel calon proksi Samy Vellu?
Suasana menjadi semakin panas menjelang perhimpunan agung parti komponen Barisan Nasional yang ketiga terbesar MIC apabila Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu telah menyenaraikan calon pilihannya bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden.
Beliau secara terbuka menyatakan sokongannya kepada Naib Presiden, Datuk G. Palanivel untuk bertanding mencabar jawatn Timbalan Presiden yang akan dipertahankan oleh Datuk S Subramaniam.
Dalam reaksinya, Subramaniam berkata beliau tetap mempertahankan jawatannya dan menunggu Palanivel membuat pengumuman rasmi mengenainya sebelum mengambil langkah seterusnya.
"Saya sudah menghadapi banyak cabaran sepanjang karier politik saya, dan kali inipun saya sudah bersedia menghadapinya," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Guru gunting tudung murid
Satu lagi berita yang menarik perhatian umum minggu ini ialah mengenai tidanakan tiga guru disiplin menggunting tuduh 65 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Sentang di Kuala Krau di Pahang kerana dikatakan tidak mematuhi kritieria berpakaian, telah mengundang kemarahan ibu bapa pelajar terbabit.
Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohd Said berkata kejadian itu berlaku Rabu lalu (22 Februari) ketika tiga guru disiplin berkenaan mengarahkan semua pelajar perempuan berhimpun di dewan untuk diperiksa .
Katanya, mereka kemudiannya bertindak menggunting tudung 65 pelajar kerana mendapati ia tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam garispanduan oleh pengurusan sekolah berkenaan
Berikutan itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyifatkan perbuatan guru-guru tersebut bertentangan dengan hak asasi pelajar berkenaan.
Pesuruhjaya Suhakam, Dr Chiam Heng Keng menyifatkan perbuatan mengumpulkan pelajar terbabit dan menggunting tudung mereka adalah sama seperti menghina dan memalukan mereka.
Menurutnya, guru menjadi contoh kepada para pelajar dan mereka tidak seharusnya melakukan perbuatan yang boleh menghina pelajar jika mereka mahu mereka melayan orang lain dengan hormat serta menjaga martabat orang lain.
Mak Yong dipersembahkan di tempat rahsia
Kumpulan Warisan Seri Temenggung II terpaksa persembahan Mak Yong di tempat rahsia, khusus untuk kajian sekumpulan pelajar dari Kolej Universiti Sunway selepas Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) melarang persembahannya di Pengkalan Chepa.
Ia disaksikan ketua Sekolah Persembahan dan Media Kolej Universiti Sunway, Ray Bueno, serta 11 pelajarnya.
Persembahan itu pada mulanya dijadual diadakan di rumah seorang penggiat seni Mak Yong, Saari Abdullah di rumahnya di Pengkalan Chepa pada jam 9.45 malam.
MPKB telah membatalkan persembahan itu setelah terdapat pengedaran risalah yang ia akan diadakan di tempat terbuka.
Sejak memerintah Kelantan pada 1990, kerajaan PAS mengharamkan Mak Yong, Menora, Wayang Kulit, Dikir Barat dan Main Puteri, dengan alasan persembahan tersebut mengandungi unsur yang bertentangan dengan Islam.
Bagaimanapun, kerajaan negeri membenarkan ia dimainkan di tempat tertutup.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.