Terjemahan Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMSB) syarikat tersenarai yang dikuasai oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah mencatatkan kerugian bersih RM103 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2005.

Bagi tahun sebelum ini, syarikat tersebut dilaporkan mencatatkan keuntungan sebanyak RM29 juta.

Dua anak lelaki Taib Datuk Sulaiman and Mahmud Bekir masing-masing sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi kumpulan SMSB, bersama isteri Taib, Puan Sri Laila, menguasai syarikat tersebut.

Dalam laporan awal yang belum diaudit CMSB kepada Bursa Malaysia bertarikh 28 Februari, syarikat tersebut melaporkan perolehan sebanyak RM881 juta merosot sebanyak RM144 juta daripada tahun kewangan sebelumnya.

Syarikat itu berkata, kerugian itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan aset berikutan keputusan lembaga pengarahnya untuk menutup kilang besi waja CMS di Sejingkat, dekat Kuching.

Keputusan tersebut telah mengakibatkan syarikat berkenaan kerugian RM100 mil, ditambah pula dengan peruntukan RM3 juta untuk membayar pampasan pemberhentian pekerja.

Menurut laporan, kilang besi waja tersebut yang dirasmikan oleh Taib pada 1999 itu, akan menghentikan operasinya dalam tempoh suku tahun pertama tahun ini.

Banyak projek kerajaan

Laporan itu juga mendedahkan bahawa syarikat berkenaan mendapat banyak projek mewah jangka panjang seperti penyelenggaraan jalan, mengeluar dan membekalkan semen.

Sebahagian besar kawasan utama di dalam dan sekitar bandaraya Kuching juga dikatakan telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada syarikat berkenaan untuk memajukan projek perumahan dan komersial.

Kumpulan tersebut memiliki dua loji pengeluar simen di Kuching dan Bintulu dan mempunyai kepentingan dalam bidang perkilanagn, bank (RHB Bank), pembinaan, sekuriti, perdagangan dan perkhidmatan.

Pada umumnya, laporan tersebut menyebut suasana ekonomi yang lemah sebagai punca syarikat berkenaan kerugian dalam banyak sektor yang diceburinya.

Tambahanpula, kata laporan tersebut, syarikata bderkenaan mempunyai pinjaman jangka pendek dan jangka pajang, termasuk bon, berjumlah RM859 juta. Berita asal