Saham syarikat kabel fiber optik Opcom Holding Bhd memulakan dagangan hari ini dalam keadaan stabil, dengan mencatatkan keuntungan bersih dua sen.

Saham syarikat itu menjunam 12 peratus semalam, selepas ia mengumumkan bahawa pengerusi eksekutif syarikat berkenaan, Mokhzani Mahathir akan berundur.

Saham Opcom hari ini ditutup pada hanya 52 sen.

Di samping pengunduran Mokhzani, - adiknya, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir, pemegang saham utama Opcom melupuskan 2.57 juta pegangannya - yang menyaksikan kepentingan langsungnya dalam syarikat itu kini hanya pada 21.685 peratus.

Alasan Mokhzani untuk meninggalakan syarikat berkenaan adalah atas "sebab-sebab peribadi", demikian menurut laporan Edge Market.

 

Beliau dilantik sebagai lembaga pengarah kumpulan itu 10 tahun lalu.

Pembabitan Mokhzani bersama syarikat itu bukan tanpa kontroversi - sebelum PRU14, Telekom Malaysia mengumumkan bahawa Opcom Holdings Bhd telah dianugerahkan kontrak pemasangan dan pemulihan jalur lebar melalui tender terbuka dan telah dipilih sebagai kontraktor kontrak Rakan Unifi.

[Baca berita penuh]