Kurang liputan di RTM: Subramaniam akan jumpa Zam
Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam akan menemui Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin untuk mencari punca mengapa beliau tidak diberi liputan yang mencukupi dalam Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam akan menemui Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin untuk mencari punca mengapa beliau tidak diberi liputan yang mencukupi dalam Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
"Saya ingin bertemu dengan Menteri itu untuk mencari sebab mengapa saya tidak mendapat liputan mencukupi menerusi siaran RTM.
"
Saya kesan perkara ini sudah lama berlarutan. Saya tidak tahu mengapa saya tidak mendapat liputan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan tanpa bertanding Datuk S Samy Vellu sebagai presiden MIC, MIC, di ibupejabat parti itu semalam.
Di samping itu, katanya, masih ada beberapa agenda yang menurutnya perlu diselesaikan dengan radio Tamil dan rancangan televisyen berbahasa Tamil dalam rangkaian di RTM.
Menurut laporan Bernama, Subramaniam merupakan orang yang pertama mengalungkan bunga di leher Samy Vellu selepas presiden parti itu diumumkan menang tanpa bertanding semalam.
Subramaniam, 62, yang lebih mesra dengan panggilan Subra di kalangan ahli parti itu, akan mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti itu Jun depan.
Calon pilihan presiden
Subramaniam menjadi ahli MIC pada 1962 sehingga menyandang jawatan timbalan presiden pada 1981. Beliau mencabar Samy Vellu bagi jawatan presiden pada 1989, dan terpaksa
menerima kekalahan tipis. Beliau sudah menjadi timbalan Samy Vellu sejak 25 tahun lalu.
Beliau sudah pasti akan dicabar oleh Naib Presiden, Datuk G. Palanivel. Palanivel dinamakan sebagai "Timbalan Presiden yang dipilih oleh Samy Vellu" hujung tahun lalu.
Semua petanda-petanda kini menunjukkan bahawa Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
"Saya yakin akan memenangi jawatan timbalan presiden. Saya tidak percaya dengan mimpi semata-mata, yang saya tahu adalah untuk bekerja keras untuk parti dan masyarakat India Malaysia, dan inilah yang sedang saya lakukan," kata Palanivel kepada wartawan selepas menutup pencalonan bagi jawatan presiden MIC, di ibupejabat parti itu semalam.
Manakala calon Naib Presiden pilihan Samy Vellu ialah dua Naib Presiden sekarang Datuk S Veerasingham dan Tan Sri K S Nijhar manakala seorang lagi ialah Setiausaha Agung MIC Datuk S. Sothinathan.
Berdasarkan kepada jumlah pencalonan yang diperolehi Samy, yang juga Menteri Kerja Raya, kira-kira 73.7 peratus, atau 3,168 daripada 4,300 pengerusi cawangan MIC dalam parti menyokong presiden.

