Kerajaan lancar kempen penerangan kenaikan harga minyak
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan kempen penerangan bagi memperjelaskan kepada rakyat mengenai langkah kerajaan menaikkan harga minyak Isnin lalu yang tertinggi dalam sejarah negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melancarkan kempen penerangan bagi memperjelaskan kepada rakyat mengenai langkah kerajaan menaikkan harga minyak Isnin lalu yang tertinggi dalam sejarah negara ini.
Dalam satu sesi penerangan khas di Kuala Lumpur semalam, Abdullah telah menyerahkan tugas tersebut kepada para pemimpin parti-parti komponan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat untuk turun padang memperjelaskan rasional mengapa kerajaan perlu berbuat demikian.
"Kurangnya penerangan mengenai tindakan kerajaan menaikkan harga minyak, telah mengakibatkan rakyat tidak faham rasionalnya ... dan pihak pembangkang mengambil kesempatan itu untuk mengkritik kerajaan," katanya.
Isnin lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen. Kini harga Petrol ialah RM1.92 dan diesel RM1.58.
Parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan serta rakyat menganjurkan perhimpunan besar-besaran Jumaat lalu, membantah kenaikan harga minyak itu yang menurut mereka, telah membebankan rakyat berpendapatan rendah.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, harga minyak masih dijual pada kadar harga subsidi, walaupun kerajaan berkata, pemberian subsidi itu lama kelamaan akan dihentikannya.
"Contohnya, bagi tong gas masak 10 kilogram, harga sebenaranya ialah RM32.10, tetapi kerajaan memberi subsidi sebanyak RM14.60," katanya.
PM dengar teguran
Abdullah berkata, kenaikan harga tersebut perlu dibuat bagi menjimatkan simpanan minyak negara dan untuk membanteras kegiatan penyeludupan ke negara jiran.
Beliau juga menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan dan mendengar komen dan teguran para pemimpin yang hadir, kerana kurangnya penerangan dibuat berhubung kenaikan harga minyak dan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan kadar inflasi.
Tetapi seorang ahli exco Krjaan Negri Sembilan, Rais Zainuddin, memberita AFP, beliau puashati dengan penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri mengenai perkara tersebut.
"Beliau mahu kita memahami sebabnya," kata Rais.
"Ianya bukan sesuatu yang mudah dan juga tidak popular, tetapi kenaikan harga minyak bukan kerana masalah (dalam negeri)...ianya kerana harga petrol di pasaran dunia telah meningkat, (jadi) kita kena selaraskan harganya," tambahnya.
Hanya harga minyak di Brunei sahaja yang lebih rendah dari Malaysia. Negara yang kaya dengan hasil minyak itu turut mengimport minyak.
Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Timbalan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon pula berkata, partinya akan bergerak segera untuk memberi penjelasan kepada golongan akar umbi.
"Saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia akan dapat menerima rasional (kenaikan harga minyak) dan mementingkan pendekatan jangka panjang, daripada beban dalam tempoh jangka pendek," katanya kepada pemberita.
AFP

