Rundingan MILF- Manila akan disambung semula
Puak pemisah Islam Filipina yang berjuang sejak satu dekad lalu, menjangka siri rundingan damai dengan Manila akan disambung semula selepas ianya terhenti berikutan berlakunya percubaan untuk menggulingkan Presiden Gloria Arroyo.
Puak pemisah Islam Filipina yang berjuang sejak satu dekad lalu, menjangka siri rundingan damai dengan Manila akan disambung semula selepas ianya terhenti berikutan berlakunya percubaan untuk menggulingkan Presiden Gloria Arroyo.
Menurut puak pemisah Islam itu, kedua belah pihak dijadual mengadakan pertemuan di Malaysia bulan lalu, tetapi ianya dibatalkan selepas Arroyo mengisytiharkan perintah darurat untuk membanteras percubaan rampasan kuasa itu.
Pihak Kuala Lumpur telah menjadualkan semula pertemuan tersebut pada tarikh yang belum ditetapkan lagi kerana "para pegawai kerajaan Filipina sedang sibuk," kata Naib Pengerusi bagi Hal-Ehwal Politik, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Ghazali Jaafar.
Beliau memberiahu radio DZRH melalui telefon bahawa ia ditangguhkan bukan disebabkan timbul masalah besar dalam rundingan sebelum ini, sebaliknya berkata "pertemuan tersebut akan disambung semula pada bila-bila masa."
Arroyo menarik balik perintah darurat itu Jumaat lalu dan berkata percubaan menggulingnya oleh pihak tertentu dalam pasukan tentera dan gerila komunis, telah dapat dipatahkan.
Tanah nenek moyang
Sebelum ini, Manila menjangka perjanjian damai ditandatangani tahun ini dengan puak pemisah MILF yang mempunyai kira-kira 12,000 anggota. MILF tidak terbabit dalam penyelesaian politik antara kerajaan dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) pada 1996.
Pemimpin kedua-dua puak tersebut telah melancarkan perang pemisahan di wilayah Selatan Pulau Mindano pada 1971. Puak tersebut berpecah pada 1978 dan MILF ditubuhkan.
Filipina dan MILF mengumumkan di Kuala Lumpur awal bulan ini, mereka mencapai persetujuan awal dalam menangani isu berhubung hak tanah nenek moyang yang diletakkan di bawah penguasaan pusat ketika penjajahan Sepanyol pada kurun ke-17.
Cadangan perjanjian damai dengan MILF itu dijangka membabitkan persetujuan antara pihak kerajaan dan masyarakat Islam untuk berkongsi hasil ekonomi di kawasan berkenaan.
AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.