Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menyusun posisi di tengah perang dagangan AS-China

ULASAN | China kini berada dalam kedudukan yang sangat rumit. Polisi 'mesra' yang digunakan selama ini dengan seluruh dunia, mengejutkan, memakan diri.

Sama ada Silk Road atau Maritime Belt, lebih dikenali dengan Belt and Road Initiative (BRI), ia menjerut leher China.

Ada tiga masalah yang dihadapi oleh China. Pertama, ekonomi Amerika Syarikat (AS) telah berkembang untuk 117 bulan berturut-turut, walaupun secara amnya, pertumbuhan ekonomi biasanya adalah 48 bulan, dan perang dagangan China-AS hanya melibatkan 0.2 GDP AS dan 0.4 GDP China.

Dalam kata lain, kedua-dua negara belum merasai pedihnya cukai dan tarif yang telah dikenakan. Asalkan kesannya tidak dirasai, perang dagangan akan berterusan, mungkin sehingga kempen presiden Donald Trump.

Kedua, China terperangkap dalam perang teknologi dengan AS, di mana Huawei dikambinghitamkan. Jika pembongkaran dari Edward Snowden, seorang yang boleh dipercayai di AS sendiri, data peribadi sesiapa pun boleh diperolehi melalui pintu belakang iOS Apple.

Artikel VII Perlembagaan China mengatakan bahawa semua maklumat yang dikendalikan oleh syarikat telekomunikasi China mesti memberi butiran pelanggan kepada kerajaan.

Ini adalah sebab mengapa Huawei dikatakan sebuah syarikat yang bakal bersubahat dengan kerajaan China.

Malaysia iktiraf China

Akan tetapi, China sendiri tidak kurang dari segi 'big data'. Ketakutan kepada Huawei ini nampaknya difokuskan kepada pelancaran teknologi 5G, yang boleh meningkatkan secara drastik kepantasan transmisi data, audio dan video Huawei dan mana-mana negara yang bekerjasama dengannya.

Ketiga, satu filem penuh boleh dimuat turun dalam masa kurang dari empat minit dengan 5G, berbanding 45 minit bawah 4G.

AS dan Eropah, termasuk Australia dan New Zealand, yang tidak mempunya kapasiti untuk melaksanakan 5G, mungkin terasa diintimidasi dengan kemajuan teknologi ini. Huawei, seperti Apple, bakal menjadi pilihan ratusan jutaan pelanggan.

Malaysia mengiktiraf pentingnya China sebagai kuasa dunia yang besar, serta entiti-entiti utama di Barat, walaupun ada yang bergelut. Pada 2018, Dr Mahathir Mohammad bertemu dengan Perdana Menteri Britain Theresa May 3 kali dalam seminggu pada bulan September sahaja, dua kali di London.

Malaysia tiada dasar atau polisi yang pro-Timur atau anti-Barat. Malaysia menghormati sistem antarabangsa yang sedia ada, tetapi Malaysia berpendapat bahawa sistem ini agak tidak adil, kerana ia berasaskan kemenangan negara-negara tertentu pada 1945, selepas Perang Dunia Kedua.

Apa-apa isu yang Malaysia ada dengan China termasuk isu Muslim Uyghur, yang mesti diselesaikan, China boleh menjalinkan hubungan yang baik, sehingga sentiasa sanggup berunding dengan Malaysia atau ASEAN berkenaan Laut China Selatan.

Dengan menyokong China dan Huawei, Malaysia menyampaikan mesej bahawa perang dagangan AS, dan negara-negara Barat, tidak kekal. Kertas Dasar Indo-Pasifik dari Kementerian Pertahanan AS baru dikeluarkan.

Sebahagian besarnya mengandungi pelbagai tuduhan terhadap China. Apabila China rasa terperangkap, mereka pasti akan ingin layanan yang adil. Maka, apabila Dr Mahathir mengesahkan bahawa Malaysia akan berkerjasama dengan Huawei, “kerana Malaysia tiada rahsia”, beliau ingin memfokuskan kepada manfaat perdagangan, dan bukan terhadap mana-mana fenomena Trojan Horse yang belum dibuktikan.

Menyokong China pada ketika ini akan melembutkan dasar China terhadap Malaysia, dan ini berpotensi mengembalikan Jho Low ke Malaysia sebagai saksi dalam kes rasuah rejim Najib Razak.


DR RAIS HUSSIN merupakan presiden dan CEO EMIR Research, sebuah badan pemikir yang berfokuskan penyelidikan polisi berteraskan data, ditunjangi nilai-nilai konsultasi, kesederhanaan, inovasi dan kerapian.

Tulisan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS