Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas SUA Zuraida letak jawatan, tak yakin dengan kerajaan

Ahmad Soffian Mohd Shariff, bekas setiausaha akhbar (SUA) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, berkata beliau melepaskan jawatannya susulan hilang kepercayaan terhadap kerajaan sedia ada hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata walaupun dirinya memandang tinggi terhadap Zuraida, namun perkara yang sama tidak boleh dikatakan mengenai kerajaan Pakatan Harapan (PH), hari ini.

“Zuraida seorang majikan baik, dia seorang menteri dan pemimpin yang bagi saya terbaik sekali dalam kabinet PH, (itu) pandangan peribadi (saya).

“Secara keseluruhan, bukan sebab KPKT, kerja lama saya, saya rasa tidak yakin dengan kerajaan sedia ada, kerajaan PH.

“Sebab itu saya undur diri, saya tak jadi gunting dalam lipatan. Saya tidak yakin dengan keseluruhannya dalam struktur kerjaaan yang saya tak yakin,” katanya.

Ahmad Soffian berkata keputusan kerajaan untuk menggugurkan isterinya, peguam Syazlin Mansor, dari inkues Muhammad Adib Mohd Kassim juga mempengaruhi keputusannya untuk melepaskan jawatannya.

Isu-isu lain, katanya, PH tidak menunaikan janji-janji manifestonya, dan juga gagal mencari penyelesaian mengenai cara menangani pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya, beliau mahu kebebasan bercakap menentang kerajaan tanpa dituduh cuba mensabotaj dari dalam.

“Saya berat untuk lepaskan jawatan, tetapi saya rasa untuk masa depan negara, sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya perlu buat sesuatu,” katanya.

Ahmad Soffian bercakap kepada media selepas sidang akhbar Syazlin mengenai peranan isterinya dalam inkues Adib.

Sambil berseloroh, katanya, dia mungkin menjual burger memandangkan dirinya kini tidak mempunyai kerja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS