Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
SKMM: Tindakan tegas sebar kandungan lucah di internet
Diterbitkan:  Jun 12, 2019 11:39 PM
Dikemaskini: 3:39 PM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran supaya tidak menyebarkan kandungan lucah menggunakan internet.

Peringatan terbaru ini dibuat selepas tular video seks dua lelaki yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz hari ini membuat pengakuan bersumpah dirinya salah seorang lelaki di dalam video yang didakwa turut memaparkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali.

Bagaimanapun, Azmin petang tadi tampil menafikan beliau individu di dalam video itu menyifatkannya sebagai fitnah dan komplot jahat untuk menghancurkan kerjaya politiknya.

"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak memuat naik, menyebar mahupun berkongsi kandungan yang jelik dan lucah di Internet selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pihak yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali," kata SKMM pada suatu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya multimedia juga berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

"Pihak SKMM akan menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan.

"Kerjasama dengan pihak pengendali platform seperti Facebook turut diambil untuk memastikan kandungan lucah tersebut tidak tular.

"Pihak SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan," kata kenyataan itu lagi.

Lihat Komen
ADS