Asean masih tunggu 'lampu hijau' dari rejim Burma
Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tarikh lawatannya ke Burma sebagai mewakili Asean, untuk meninjau pembaharuan demokrasi di negara itu, belum ditetapkan lagi.
Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tarikh lawatannya ke Burma sebagai mewakili Asean, untuk meninjau pembaharuan demokrasi di negara itu, belum ditetapkan lagi.
"Lawatan saya ke sana masih ditangguhkan," kata beliau yang menjadi wakil Asean untuk melawat negara yang diperintah oleh rejim junta tentera itu.
Lawatan itu pada mulanya dijadual Januari lalu tetapi ditangguhkan oleh pemerintah Burma. Bulan lalu, para pegawai Malaysia berkata ianya telah dijadualkan semula pada Mac ini, tetapi Syed Hamid berkata, belum ada tarikh yang ditetapkan.
"Mereka belum menetapkan tarikhnya. Kami mengakui berlaku masalah komunikasi sejak mereka berpindah ke ibu negara baru," katanya kepada AFP. Tahun lalu, pemerintah Burma memintahkan pusat pentadbirannya dari Rangoon.
Syed Hamid berkata, pemimpin negara Asean berharap lawatan tersebut dapat diadakan sebelum bulan April ini apabila menteri luar Asean mengadakan pertemuan di Bali, Indonesia.
"Kami mesti mendapatkan laporan mengenai kemajuan perkembangan demokrasi di Myanmar sebelum pertemuan April ini. Saya sangat serius supaya lawatan itu dapat diadakan sebelum April," katanya.
Syed Hamid bagaimanapun enggan membuat spekulasi mengenai punca mengapa lawatan tersebut masih ditangguhkan.
"Saya harap mereka akan bekerjasama dan melakukan apa sahaja yang perlu untuk membenarkan saya membuat lawatan tersebut. Malaysia sentiasa menyokong sebarang langkah yang membina.
"Apabila kita diberi tugas, kami mahu menyempurnakan tugas tersebut,," katanya.
Menurutnya Syed Hamid, penyelesaian isu Burma, yang menghadapi tekanan hebat masyarakat antarabangsa supaya menamatkan pemerintahan tentera yang sudah empat dekad dan kembali kepada demokrasi, akan menguntungkan keseluruhan rantau ini.
"Jika kita berjaya, maka akan dapat menaikkan imej dan kewibawaan Asean di mata dunia," tambahnya.
Mahu bertemu Suu Kyi
Berikutan tekanan masyarakat antarabangsa, dalam mesyuarat tahunannya Disember lalu, Asean telah mendapat Rangoon supaya membenarkan Syed Hamid mewakili Asean untuk meninjau dakwaan Buruma yang ia sudah mula memperkenalkkan pembaharun di negara itu.
Bagaimanapun, rejim itu kemudian berkata, pihaknya 'terlalu sibuk' dalam urusan pemindahan pusat pentadbiran negara itu ke kawasan baru yang terletak 320km ke utara Rangoon.
Penghalang utamanya dipercayai ialah kerana Syed Hamid berkeras mahu bertemu dengan pemimpin pro-demokrasi Burma, Aung San Suu Kyi yang kini ditahan di rumah.
Junta tentera Burma telah membanteraskan tunjuk perasaan pro-demokrasi pada 1988 dan dua tahun kemudiannya membatalkan keputusan pilihanraya umum yang dimenangi oleh pari pimpinan Aung San Liga Demokrasi Kebangsaan.
Pada bulan November, junta tentera itu telah melanjutkan tempoh tahanan di rumah ke atas Aung San selama enam bulan lagi. Dan tindakan itu tidak disenangi oleh pemimpin Asean yang menghadiri sidang kemuncak badan tersebut, sejurus kemudiannya.
Aung San - pemenang Novel Keamanan itu telah menghabiskan 10 daripada tahun 16 tahun menjalani tahanan di rumah.
Asean dianggotai oleh Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Burma, Filipina,Singapura, Thailand and Vietnam.

