Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia pada usia 67 tahun setelah pengsan ketika perbicaraan di mahkamah pada Isnin.

Menurut laporan media tempatan dan antarabangsa, Morsi rebah selepas sesi perbicaraan di mahkamah dan meninggal dunia sejurus selepas itu.

"Beliau bercakap di hadapan hakim selama 20 minit kemudian menjadi sangat rancak dan pengsan. 

"Dia segera dikejarkan ke hospital dan kemudiannya meninggal dunia," kata seorang sumber kehakiman, lapor AFP.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang menyokong kuat pemimpin Islam itu menyampaikan ucapan takziah kepada Morsi dan menggelarnya kematiannya sebagai syahid.

Laman web rasmi Al-Ahram melaporkan, Morsi adalah presiden Mesir pertama dipilih secara demokratik pada 2012 dan hanya sempat memegang kuasa lebih setahun sebelum digulingkan pihak tentera.

Pemimpin Islam itu hidup dalam penjara selepas digulingkan dan berdepan beberapa pendakwaan termasuk sebagai pengintip untuk Iran, Qatar dan kumpulan militan seperti Hamas di Semenanjung Gaza.

Beliau juga didakwa di bawah akta pengganas.