Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bon Panda antara agenda lawatan Guan Eng ke China

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dijadual melawat China buat kali pertama sejak Pakatan Harapan (PH) berkuasa lebih setahun lalu.

Sumber kerajaan berkata, lawatan tersebut akan diadakan pada minggu pertama bulan Julai.

"Bon Panda" yang ditawarkan oleh kerajaan China untuk membantu pembayaran balik hutang negara dijangka menjadi sebahagian daripada perbincangan dua hala.

"Ia adalah lawatan rasmi. Bon Panda akan menjadi salah satu daripada banyak isu yang akan dibincangkan," kata sumber itu kepada Malaysiakini dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, sumber tidak mendedahkan isu-isu lain dalam agenda lawatan berkenaan.

Pada Februari lalu Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian mendedahkan cadangan mengeluarkan bon Panda untuk Malaysia bagi membantu kewangan negara.

Tiga bulan kemudian, Lim berkata Putrajaya masih belum membuat keputusan mengenai tawaran itu.

Walaupun China memasuki pelaburan utama di Malaysia, seperti Projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang berada di bawah Kementerian Kewangan, Lim bukan pemimpin utama dalam merundingkan semula projek-projek dengan China.

Sebaliknya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melantik bekas kewangan Daim Zainuddin mengetuai pasukan rundingan semula. 

Lim menyokong langkah Mahathir dengan menggambarkan Daim sebagai "perunding terbaik".

Lihat Komen
ADS