Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Saya keluar secara sukarela, bukan dipaksa'
Diterbitkan:  Jun 18, 2019 6:19 PM
Dikemaskini: 10:19 AM

Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor menafikan beliau diarah keluar dari mahkamah hari ini, sebaliknya berbuat demikian atas keputusan sendiri.

Rosmah berkata kehadirannya ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur adalah berkenaan kesnya sendiri dan pergi mengikuti perbicaraan Najib Razak selepas urusan itu selesai.

"Apabila menyedari kehadiran saya, timbalan pendakwa raya memaklumkan kepada hakim dan berkata sebagai orang yang berpotensi menjadi saksi, saya tak patut hadir ke perbicaraan.

"Selepas mendengarnya, saya selaku warga yang patuh kepada undang-undang memutuskan untuk keluar segera, tanpa paksaan atau arahan.

"Saya ingin menyatakan saya tidak dihalau keluar dari mahkamah, atau dipaksa meninggalkan perbicaraan seperti dalam sesetengah laporan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bernama, DPP V Sithambaran bertanya kepada hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sama ada Rosmah wajar berada di situ memandangkan beliau berpotensi dipanggil sebagai saksi.

"Rosmah berada di dalam mahkamah. Beliau berpotensi menjadi saksi dalam kes ini dan keterangan saksinya telah diambil.

“Kami tidak mahu sebarang masalah timbul kemudiannya. Kami tidak mahu dilihat menyukarkannya, ia hanya satu prosedur," katanya.

Shafee juga sependapat dengan Sithambaran.

Tanpa menunggu jawapan hakim, Rosmah bersama-sama peguamnya K Kumaraendran kemudian meninggalkan mahkamah.

Lihat Komen
ADS