Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Timbalan menteri: Isu peralihan kuasa tiada dalam manifesto PH
Diterbitkan:  Jun 19, 2019 10:34 AM
Dikemaskini: 2:37 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Md Farid Md Rafik menggesa semua pihak menghentikan spekulasi mengenai peralihan kuasa kerana menyifatkan ia sebagai tidak sihat dan boleh merencatkan agenda penambahbaikan negara.

"Peralihan kuasa kepada Perdana Menteri kelapan adalah persefahaman yang telah dicapai semasa penubuhan Pakatan Harapan tanpa menetapkan secara jelas tempoh pelaksanaannya.

"Sebagaimana yang diyatakan dan komitmen oleh YAB perdana menteri, peralihan kuasa ini akan dilaksanakan.

"Namun begitu, ia perlu dilaksanakan secara teratur oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mengikut peraturan yang ditetapkan yang mana perdana menteri tersebut mestilah mendapat kepercayaan majoriti Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Md Farid juga menegaskan bahawa manifesto PH tidak pernah menyatakan secara khusus bahawa peralihan kuasa akan berlaku dari perdana menteri yang ketujuh kepada perdana menteri kelapan.

Menurutnya, manifesto berkenaan hanya menyatakan komitmen untuk mengehadkan tempoh Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

"Oleh itu saya menyeru supaya gesaan-gesaan mengenai perkara ini dihentikan.

"Adalah tidak wajar untuk pihak-pihak ini menangguk di air keruh dan memburukkan lagi suanana. Kita harus berdiri teguh dan memberi ruang secukupnya kepada YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad untuk melaksanakan agenda pembangunan dan pembaharuan negara," tegasnya.

Mahathir sebelum ini berkata beliau akan meletak jawatan dalam masa beberapa tahun lagi untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim sebagai penggantinya. 

Lihat Komen
ADS