Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Azizah: Jamuan AIdilfitri waktu pejabat tak jejas operasi

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak tanggapan yang melihat penganjuran jamuan Aidilfitri oleh jabatan-jabatan kerajaan pada waktu pejabat menjejaskan operasi kerajaan.

Sebaliknya, jelas Dr Wan Azizah, ia dapat menjimatkan masa dan wang.

“Kita ada mereka yang jaga kaunter secara bergilir-gilir. Kita hendak juga merayakan sebab mereka juga kakitangan kita.

"Ia menjimatkan masa dan wang, jadi kita buat begitu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2019 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, di Muzium Diraja, Kuala Lumpur, hari ini.

Wan Azizah berkata demikian mengulas gesaan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar kerajaan melihat semula keperluan jabatan kerajaan mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri setiap kali semasa bulan Syawal.

Mohd Asri semalam dilaporkan sebagai berkata program jamuan raya yang dianjurkan oleh sesebuah jabatan kerajaan biasanya melibatkan penyertaan sebahagian besar kakitangannya untuk menampakkan kemeriahan.

Tambah Mohd Asri, lebih memberi kesan apabila pegawai dan kakitangan sesebuah jabatan kerajaan keluar pejabat untuk menghadiri jamuan hari raya di pejabat lain.

Justeru beliau berharap kerajaan melihat semula perkara itu selaras dengan keperluan semasa kerana tidak semestinya apabila umat Islam berpuasa sebulan mereka harus mengadakan majlis makan selama sebulan juga untuk menyambut hari raya.

Lihat Komen
ADS