Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau tidak ragu-ragu Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepadanya.

"Dalam perjumpaan mingguan dan peribadi saya dengan perdana menteri, saya berpuas hati. Saya tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa peralihan akan berlaku.

"Beliau ikhlas dan perbincangan (antara kami) bukan sahaja berterus terang tetapi mesra.

"Setakat ini, yang penting bagi saya dan beliau, (pelan peralihan kuasa) ini telah selesai," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan majlis pimpinan pusat parti itu petang tadi di ibu pejebat PKR.

Pada mesyuarat terdahulu hari ini, Majlis Pimpinan Pusat PKR mengesahkan parti itu berpuas hati dengan pelan peralihan seperti yang diputuskan oleh Pakatan Harapan dalam konvensyennya pada 7 Januari 2018.

PH ketika itu meletakkan Mahathir sebagai calon perdana menteri sekiranya menang PRU14 dan Anwar akan mengambil alih jawatan itu kemudian.

Ketika ditanya mengenai keperluan PKR untuk mempertegas semula kenyataan mengenai rancangan peralihan pada masa ini, Anwar berkata ia dilakukan bagi menangani pertanyaan yang dibangkitkan orang lain.

"Kami tidak merasakan bahawa ia (pelan peralihan kuasa) itu perlu.

"Tetapi, disebabkan soalan dan isyarat yang berterusan mengenai isu-isu peralihan, kami mendapati perlu untuk mengesahkan semula kedudukan kami dan menyatakan kami berpuas hati dengan proses yang sedang berjalan.

"Saya melihat orang cenderung berpandangan negatif walaupun perdana menteri mengulangi pendiriannya dan masih cuba membaca jika ada suatu yang tersirat, atau satu atau dua sindiran yang sama sekali tidak berkaitan dengan saya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS