Pengambilalihan Sprint baik untuk syarikat, kata pemegang saham
Kumpulan Perangsang Selangor, yang memiliki 20 peratus Lebuhraya Sprint berkata langkah kerajaan untuk mengambil alih konsesi lebuh raya tol akan memberi manfaat kepada syarikat mereka.
"Cadangan Kementerian Kewangan untuk mengambil alih Sprint merupakan perkembangan positif untuk Perangsang Selangor.
Memanfaatkan aset bukan teras akan meletakkan kami lebih hampir ke hala tuju yang dikehendaki dan memastikan penyelarasan perniagaan yang strategik di peringkat kumpulan.
"Ini akan melancarkan lagi usaha dalam mengembangkan perniagaan teras, membolehkan kami menumpukan pada skop aktiviti yang lebih sengit, selari dengan aspirasi dan hala tuju perniagaan," kata Pengarah Urusan Kumpulan Perangsang Selangor Ahmad Fariz Hassan dalam kenyataan media hari ini.
Pemilik utama Kumpulan Perangsang Selangor adalah kerajaan negeri Selangor.
Pemegang saham lain Lebuhraya Sprint adalah Gamuda Bhd (30 peratus) dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak) (50 peratus).
Antara pemegang saham utama Litrak adalah Gamuda (43.6 peratus), Amanahraya Trustee Berhad (17.5 peratus), Skim Amanah Saham Bumiputera (7.7 peratus) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (5.8 peratus).
Sprint merupakan salah satu lebuh raya yang kerajaan mahu ambil alih dalam usaha menstrukturkan semula sistem tol sedia ada.
Ahmad berkata, pengambilalihan itu masih tertakluk dengan kelulusan dan persetujuan pemiutang Sprint Holding.
"Mengambil kira nilai ekuiti Sprint iaitu RM870 juta, dengan 20 peratus faedah ekuiti, saham Perangsang Selangor dari nilai ekuiti itu ialah RM174 juta," katanya.
Tambahnya, urusan berkenaan dijangka selesai pada 31 Dis atau pada tarikh yang dipersetujui bersama.
"Bukan saja ia akan perkembangan menguntungkan ini akan membawa syarikat ke fokus yang lebih luas dan membuka potensi sepenuhnya bagi pelaburan teras, tapi ia juga akan membantu mencapai sasaran perniagaan dan kewangan masa depan Perangsang Selangor," katanya.

