Taib Mahmud buat penjelasan, Adenan pula berlepas ke Perth
Terjemahan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengumumkan kepada anggota Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera mengenai keputusannya untuk terus memimpin dan mengapa beliau belum bersedia melepaskan kuasa kepada pemimpin baru.
Terjemahan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengumumkan kepada anggota Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera mengenai keputusannya untuk terus memimpin dan mengapa beliau belum bersedia melepaskan kuasa kepada pemimpin baru.
"Kami menjangka akan mendengar sendiri dari mulut beliau mengenai kedudukannya sebagai pemimpin parti dan penjelasan lanjut mengenai isu penggantian kepimpinan," kata seorang ahli MT kepada malaysiakini hari ini.
Katanya, beliau juga menjangka soal pemilihan parti dan pilihanraya negeri, akan turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Dalam wawancara di TV1 malam tadi, Taib berkata, selepas dua pemimpin kanan PBB Datuk Adenan Satem dan Leo Michal Toyad digugurkan daripada kabinet pusat, tercetus spekulasi, yang mengikutnya, telah menimbulkan kerisaun di kalangan pemimpin negeri lain dan juga para pelabur.
Kerana sebab itulah, kata Taib, beliau mengambil keputusan untuk terus memegang jawatan ketua menteri sebagai jaminan kepada para pelabur berkenaan.
Sebelum rombakan kabinet pusat baru-baru ini, Adenan merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar manakala Toyad pula merupakan Menteri Pelancongan.
Tamparan hebat
Mengenai Adenan, Taib juga berkata dalam wawancara tersebut, beliau masih memikirkan cara terbaik untuk naib presiden kanan PBB itu, terus aktif dalam politik negeri. Adenan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Muara Ruang dan Ahli Parlimen Batang Sadong.
Sebahagian besar pemerhati politik berkata, komen terbaru Taib itu memberi tamparan hebat kepada harapan Adenan untuk menggantikannya sebagai pemimpin PBB dan Ketua Menteri Sarawak.
"Dalam komennya di beberapa tempat, Taib menyuara rasa tidak senangnya terhadap spekulasi kononnya beliau sakit dan menggunakan kerusi roda, dan Adenan akan menggantikannya sebagai ketua menteri sebelum pilihanraya negeri," kata seorang pemimpin kanan PBB kepada malaysiakini .
"Dalam salah satu majlisnya baru-baru ini, Taib memberitahu kami yang beliau tidak pernah berjanji kepada sesiapa, apatah lagi Adenan, untuk dilantik sebagai ketua menteri," katanya.
Adenan dijangka tidak menghadiri mesyuarat MT PBB pada 18 Mac ini, Mengikut pembantunya di Yayasan Sarawak yang dipengerusikan oleh Adenan, bekas menteri pusat itu dilaporkan telah berlepas ke Perth, Australia dan dijangka pulang selepas tempoh dua minggu lagi.
Sementara itu, beberapa pemerhati berkata, perkembangan terbaru itu nampaknya telah mengembalikan peluang kepada Timbalan Presiden PBB, yang juga Menteri Perumahan Negeri, Datuk Abang Johari Tun Openg untuk kembali memainkan peranan penting dalam politik negeri selepas era Taib. Berita asal

