Malaysiakini
BERITA

Latheefa Koya angkat sumpah depan Agong

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Jun 2019, 6:12 pagi

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM ke-14 di Istana Negara, hari ini.

Baginda memperkenankan pelantikan Latheefa bagi tempoh dua tahun mulai 1 Jun lalu sehingga 31 Mei 2021.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 yang menyebut ketua pesuruhjaya perlu mengangkat sumpah di hadapan agong.

Peguam hak asasi manusia berumur 46 tahun itu merupakan lulusan sarjana muda undang-undang (LL.B)(Kepujian) dari University of London.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dan pegawai-pegawai kanan SPRM.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.