Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anggota petugas khas teliti kes Amri, Koh dilantik esok

Kementerian Dalam negeri akan melantik anggota pasukan petugas khas siasat dakwaan kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh Keng Joo, esok.

Menterinya Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak menyatakan berapa ahli yang akan menganggotai pasukan itu.

"Kita akan beri skop tugas dan tanggungjawab (esok) dan akan lihat laporan yang akan dibuat mereka," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Jemputan media telah dihantar untuk majlis pelantikan yang dijadual tengah hari esok.

Bulan lalu, kabinet setuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas itu selepas inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyimpulkan Cawangan Khas Bukit Aman bertanggungjawab atas kehilangan Amri dan Koh.

Sebelum ini, beliau yang juga presiden Bersatu berkata pasukan itu akan diberi masa enam bulan untuk meneliti kedua-dua kes dan membentangkannya kepada kabinet.

Pasukan itu akan meneliti kehilangan Amri terlebih dulu memandangkan kes Koh dalam perbicaraan di mahkamah.

Pada Januari 2018, bekas pemandu Uber sambilan Lam Chang Nam didakwa di mahkamah atas tuduhan menculik Koh. Lelaki berusia 32 tahun itu pada mulanya didakwa memeras ugut keluarga Koh.

Lihat Komen
ADS