Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Azizah: Koperasi dapat bantu turunkan harga barang

Dalam usaha mengurangkan kos sara hidup, kerajaan akan melaksanakan inisiatif Program Barang Asas 100 (BA100) dengan penglibatan koperasi di seluruh negara

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (MTSHN) hari ini.

Menurutnya, sebanyak 2,500 koperasi dengan keanggotan 6.1 juta orang dapat memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan menangani kos sara hidup melalui program pembangunan pemborongan, peruncitan dan pertanian.

"Kita tidak mahu orang tengah mendapatkan keuntungan berlebihan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution berkata kerajaan sudah menyusun Program Barang Asas 100 (BA 100) pada Mei lalu.

Beliau berkata pihak koperasi akan memantau corak pembelian pengguna terlebih dahulu sebelum mengenal pasti barangan yang paling banyak dibeli.

"Produk penting ini kemudiannya akan dijual oleh mereka pada harga yang lebih rendah," katanya.

Saifuddin menambah,Kkementerian Pembangunan Usahawan akan mengemukakan cadangan tersebut untuk mendapatka kelulusan kabinet.

Menjawab satu soalan, beliau berkata program baru itu tidak sama dengan program Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang merupakan inisiatif kerajaan terdahulu.

KR1M kini dijenamakan semula sebagai "Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna" (i-KeeP).

Sementara itu Saifuddin berkata, Peguam Negara Tommy Thomas; Anggota Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed  dan tiga yang lain dilantik sebagai anggota MTSHN yang baru.

Anggota yang lain ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ignatius Darell Leiking; Ketua Pegawai Eksekutif Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) Surina Shukri dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Joha.

Lihat Komen
ADS