Kalau hendak masuk penjara, pergilah ke Johor Bahru...
Mulai Sabtu ini, Penjara Johor Bahru akan dimuka semula untuk kunjungan ramai, yang mahi melihat sendiri sekitar kawasan tahanan penjara berusia 123 tahun itu.
Mulai Sabtu ini, Penjara Johor Bahru akan dimuka semula untuk kunjungan ramai, yang mahi melihat sendiri sekitar kawasan tahanan penjara berusia 123 tahun itu.
Ia merupakan penjara keempat yang ditutup selepas Penjara Kuantan, Pulau Jerejak dan Pudu.
Penjara Johor Bahru mula dibuka untuk kunjungan orang ramai selepas 1,025 banduannya dipindahkan ke Penjara Kluang dan Penjara Simpang Renggam Julai tahun lalu. Ia diserahkan kepada kerajaan negeri secara rasmi pada 9 September lalu dan ditutup sementara.
Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan semalam berkata, penjara itu akan dibuka semula untuk kunjungan orang ramai termasuk pelajar sekolah mulai 11 Mac ini bagi lawatan dan pameran.
Pameran dan lawatan ke kawasan penjara itu akan dikendalikan oleh Warisan Bakti dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) dan Koperasi Jabatan Penjara Malaysia.
'Kota Jail'
Kawasan penjara itu akan dibuka setiap hari, kecuali hari Jumaat mulai 9 pagi hingga 4 petang dengan tiket bagi murid sekolah beruniform berharga RM2, kanak-kanak (6-12 tahun) RM5, manakala dewasa RM8.
Menurut Bernama, Penjara Johor Baharu yang terletak di atas sebidang tanah seluas 1.8 hektar di Jalan Ayer Molek di Johor Bahru dibuka secara rasmi pada 1883 oleh Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Abu Bakar Ibni Almarhum Daeng Ibrahim.
Ia dikenali dengan nama "Kota Jail" sebelum ini, dengan rekabentuk asalnya adalah hasil cetusan ilham almarhum selepas melawat penjara di Shanghai, China dan Osaka.
Sepanjang 123 tahun usianya, Penjara Johor Bahru menjadi tempat tahanan pesalah terkenal seperti Jeneral Sutiqno dan gerila Indonesia yang ditahan selepas mereka mendarat di Labis, Segamat berikutan kempen konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia pada 1963.
Penghuninya yang lain termasuk pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikenali sebagai "Mat Indera", dan penjenayah Mohd Abas Danus Baksan yang didapati bersalah merogol serta membunuh murid perempuan berusia 10 tahun di Gelang Patah, pada 2004.
1.

