Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Konvensyen ILO: K'jaan tak mahu bercanggah dengan MTUC, MEF
Diterbitkan:  Jun 28, 2019 12:16 AM
Dikemaskini: 4:16 PM

Kerajaan mengambil sikap neutral sama seperti singapura dalam isu konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai keganasan dan gangguan di tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran berkata keputusan itu diambil bagi mengelakkan konflik dengan pihak berkepentingan.

Bercakap dalam sidang akhbar pada Majlis Penasihat Buruh Negara petang ini, Kulasegaran berkata: "Setiap negara anggota dibenarkan empat undi, dua dari kerajaan, satu dari pihak pekerja dan satu daripada majikan."

Menurutnya Malaysia diwakili oleh Kementerian Sumber Manusia, Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

"Dalam menggunapakai konsvensyen mengenai keganasan dan gangguan di tempat kerja, kerajaan Malaysia enggan mengundi kerana alasan-alasan yang kita tidak boleh bertentangan dengan pihak berkepentingan seperti MTUC dan MEF, dan oleh itu kami mengambil pendirian neutral buat masa sekarang.

"Dengan semangat tripartisme, yang merupakan nilai teras piawaian buruh antarabangsa, kementerian telah berunding dengan MTUC dan MEF dan dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak mempunyai bantahan yang kuat terhadap konvensyen tersebut. Kedua-dua mengundi 'tidak'," katanya.

Terdahulu, MEF mengambil pendirian sama dengan MTUC apabila menyebut LGBT sebagai sebab delegasinya mengundi menolak perjanjian ILO yang bertujuan memperbaiki perlindungan terhadap pekerja yang berhadapan keganasan dan gangguan di tempat kerja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS