Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Imam cedera dalam insiden tembakan di masjid Perancis
Diterbitkan:  Jun 28, 2019 1:44 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

GLOBAL l Dua orang termasuk seorang imam cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di luar sebuah masjid di barat daya Perancis, lapor agensi berita Anadolu, memetik media Perancis.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang di depan Masjid Sunna de Brest di bandar pelabuhan Brest, Brittany.

Imam itu dikenal pasti sebagai Rashid El Jay, lapor media France 24 memetik Majlis Islam Perancis dan sumber perundangan, keadaan kedua-dua mangsa dilaporkan tidak serius.

Sementara itu, penyerang ditemui mati di satu kawasan kira-kira 10 kilometer dari masjid, menurut sumber polis.

Selepas kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner mengarahkan supaya langkah keselamatan ditingkatkan terhadap rumah ibadat di seluruh negara.

- Bernama

Lihat Komen
ADS