Polis secara amnya setuju dengan dengan pemasangan kamera video pada anggotanya semasa melaksanakan tugas penguatkuasaan untuk mengurangkan rasuah.
Bagaimanapun, kata, menteri undang-undang Liew Vui Keong, ia memerlukan kos perolehan, penyelengaraan dan penyimpanan data yang berterusan.
“Dicadangkan agar kos berkenaan disalurkan pada keperluan penugasan PDRM yang mendesak seperti menukar dan menambah kenderaan kereta peronda polis di seluruh negara bagi memastikan penugasan dan penyampaian perkhidmatan polis kepada masyarakat lebih cepat dan menyeluruh,” katanya.
Liew berkata demikian dalam jawapan bertulis di parlimen terhadap soalan Lim Lip Eng (DAP-Kepong) yang mahu tahu perkara itu.
Lim juga bertanya berkaitan status penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
LIew berkata, kerajaan dalam peringkat akhir menyediakan draf rang undang-undang (RUU)
IPCMC dan ia dicadang untuk dibentangkan di parlimen pada sesi persidangan parlimen ini.
