Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MBM: Had umur belia patutnya 35, bukan 30
Diterbitkan:  Jul 3, 2019 12:22 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Majlis Belia Malaysia (MBM) mempertikaikan keputusan kerajaan untuk mengurangkan had umur maksimum yang ditakrifkan sebagai 'belia' kepada 30, dan bukannya 35 yang diterima oleh semua badan gabungannya.

Presiden MBM, Jufitri Joha berkata had umur maksimum 35 telah diterima oleh semua pihak termasuk dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq, anggota jemaah menteri paling muda pada usia 26 tahun, baru-baru ini mahu membuat pindaan ke atas Akta Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) di Dewan Rakyat bagi mentakrifkan definisi belia kepada mereka yang berumur 30 tahun dan ke bawah.

Ketika ini, Seksyen 2 akta itu mentakrifkan belia sebagai mereka yang tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak lebih 40.

“Solusi transisi perubahan had umur yang lebih disenangi dan diterima oleh semua pihak telah pun diberikan MBM yang dipersetujui oleh menteri sendiri ketika ucapan Hari Belia Negara 2019 di UKM iaitu 15-35 tahun,” kata Jufitri dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau melahirkan kekesalannya kerana menteri itu gagal mendapatkan persetujuan MBM sebagai "parti yang terjejas" sedangkan apabila diluluskan mereka adalah pihak yang bakal terkesan langsung dengan pindaan berkenaan.

“Paling penting had umur 15-35 tahun adalah bagi memastikan transisi kepimpinan berlaku secara sukarela, lancar dan tidak menyebabkan lebih banyak pertubuhan belia di akar umbi mati kerana ia melibatkan soal memimpin dan mengurus.

“Sebahagian pertubuhan belia yang telah bersedia telah pun menyahut seruan memberikan laluan kepada kepimpinan di bawah 30 tahun. Ia dilihat berkesan dan harmoni apabila ia dilakukan secara sukarela berbanding dipaksa-paksa melalui undang-undang,” katanya.

Justeru, Jufitri, MBM akan menghantar memoradum khas bagi merayu sambil menggesa pihak kerajaan khususnya kementerian belia berhubung perkara itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS