Parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan merancang mengadakan lebih banyak demonstrasi aman bagi membantah kenaikan harga minyak.

Menurut pemimpin DAP, Ronnie Liew, dua protes besar-besaran akan diadakan pada 19 dan 26 Mac ini.

" Kali ini kita memilih hujung minggu bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menyertai protes tersebut," katanya kepada agensi berita AFP.

Tarikh 19 Mac bersempena Hari Sedunia Membantah Pencerobohan Iraq manakala protes pada 26 Mac akan diketuai oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Pada Jumaat lalu, demonstrasi anti- kenaikan harga petrol kali kedua telah diadakan di hadapan Menara kembar Petronas di ibunegara. Lebih 1,000 orang menyetainya. Polis terpaksa menyuraikan perhimpunan itu dengan memacut air meriam.

Protest yang dianjurkan oleh PAS itu menuintut kerajaan menurunkan semula kenaikan harga bahan petroleum sebanyak 30 sen sejak 28 Februari lalu. Ini adalah kenaikan terbesar sejak Mei tahun lalu.

Kenaikan baru itu meningkatkan harga runcit petrol kepada 1.92 seliter dan diesel RM1.58 seliter.

Dalam tempoh kurang dua tahun, harga petrol di negara ini telah naik sebanyak 40 peratus dan diesel sebanyak 102 percent.