Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zakir Naik jelajah Kelantan bulan depan
Diterbitkan:  Jul 4, 2019 12:28 PM
Dikemaskini: 4:28 AM

Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik dilapor akan mengadakan sesi jelajah empat hari ke Kelantan dari 7 hingga 10 Ogos depan.

Zakir dijadual menyampaikan khutbah Jumaat di Kubang Kerian, berdialog dengan penjawat awam, ahli akademik Kelantan dan golongan muda.

Kemuncaknya beliau akan menyampaikan "pidato penyatuan ummah: di stadium di Kota Bharu.

“Ketika India menuntut pendakwah terkenal Dr Zakir Naik diekstradisi ke negara itu, sebaliknya rakyat Kelantan melahirkan solidariti bersamanya,” lapor Harakahdaily.

Exco kerajaan negeri Mohamed Fadzli Hassan berkata, program itu secara tidak langsung sebagai menyatakan sokongan terhadap Dr Zakir.

Selain itu sebagai menyatakan sokongan terhadap pendirian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang tidak mengekstradisi Zakir ke India.

Sementara itu, isteri Zakir, Farhat Naik akan terlibat dalam program bersama golongan wanita Kelantan di Kota Bharu.

Malaysia telah menerima permohonan ekstradisi Zakir bagi berdepan pertuduhan pengubahan wang haram di Mumbai pada 31 Julai.

Zakir berkata beliau hanya akan kembali jika Mahkamah Agung India dapat memberi jaminan beliau tidak akan ditangkap atau dipenjara sebelum hukuman disabitkan.

Mahathir bukan lalu menyatakan kebimbangan samada ada Zakir akan mendapat perbicaraan adil di negara itu.

Lihat Komen
ADS