Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Kembalinya Zahid tidak jejas kerjasama PAS-Umno'

PAS berpandangan keputusan Ahmad Zahid Hamidi yang kembali bertugas sebagai presiden Umno tidak akan menjejaskan kerjasama yang kini terjalin antara kedua-dua parti itu.

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah, ini kerana hubungan dan kerjasama yang terjalin antara PAS dan Umno adalah atas kapasiti parti dan bukan dengan individu.

"Kita (kerjasama) bukan soal individu tetapi bagi kita antara parti dengan parti. Bagi saya isu yang dihadapi Zahid (kes pendakwaan di mahkamah) adalah isu dalaman Umno.

"Kita bukan soal individu, hubungan kita adalah parti dengan parti. Bukan dengan Zahid.

“Ini antara PAS dan Umno," katanya pada sidang media selepas merasmikan Taman Memorial dan Tugu Peringatan Keamanan Malaysia-Jepun di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini.

Zahid kembali bertugas sebagai presiden Umno pada 30 Jun lalu selepas bercuti lebih enam bulan sejak Disember 2018.

Zahid menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya Mohamad Hasan pada 18 Disember lalu ketika didesak meletakkan jawatan berikutan tindakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti.

Ketika tempoh itu, PAS dan Umno dilihat rancak mengadakan perbincangan hubungan kedua-dua parti termasuk untuk mewujudkan piagam bersama.

Sementara itu Mohd Amar berkata, sesiapapun yang menjadi presiden, hubungan yang terjalin kini akan diteruskan sekiranya Umno menghormati perjuangan PAS.

"Mana-mana parti yang menghormati pendirian kita, perjuangan kita tak kira siapa jadi presiden tak ada masalah.

"Buat masa sekarang tak ada masalah, selagi Umno menghormati dan bekerjasma dalam perkara yang dibenarkan oleh syarak, " katanya yang juga timbalan menteri besar Kelantan.

Lihat Komen
ADS