Najib Razak dituntut membayar cukai tambahan ditaksirkan berjumlah RM1.69 bilion membabitkan tempoh 2011 hingga 2017.

Tuntutan itu dibuat LHDN selepas bekas perdana menteri itu gagal memberikan jawaban kepada pertanyaan awal mengenai taksiran cukai tambahan pada Mac lalu.

Ketika itu cukai yang ditaksirkan ke atas Najib ialah RM1.47 bilion. Disebabkan ia dikenakan kadar kenaikan 10 peratuspada April dan lima peratus pada Mei, jumlah yang dituntut meningkat kepada RM1.69 bilion.

Menurut portal theedgemarkets.com tuntutan tersebut diketahui berdasarkan dokumen mahkamah yang mereka perolehi.

Laporan The Edge Financial Daily bertarikh 1 April 2019 mendakwa LHDN menambah cukai tambahan sebanyak RM1.5 bilion ke atas Najib untuk tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan laporan berkenaan.