Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dana Kojadi dari Yayasan 1MDB tidak haram - Presiden MCA

Presiden MCA, Wee Ka Siong mempersoalkan bagaimana dana koperasi Jayadiri Sdn Bhd (Kojadi) yang diterima daripada Yayasan 1MDB dianggap haram sedangkan ia membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Wee berkata, pengerusi Kojadi, Ng Peng Hay telah memberikan taklimat kepadanya pada 12 Dis 2018, bahawa sebanyak RM1.03 juta telah dibayar kepada LHDN sebagai cukai dan penalti.

"Sebagai penerima dana Yayasan 1MDB, selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya, pembayaran cukai dan penalti dibuat.

"Saya rasa pelik. Jika syarikat membayar cukai, bagaimanakah dana itu haram?" katanya kepada pemberita di Wisma MCA hari ini.

Wee juga menyatakan semua wang koperasi yang diterima telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi.

Wee berkata beliau telah meminta Ng mendapatkan nasihat daripada peguam kerana Ng kelihatan keliru dengan pendiriannya mengenai status wang berkenaan.

Bagaimapun katanya nasihat itu tidak diendahkan.

Selasa lalu, Ng dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum beliau mengumumkan bahawa akaun bank Kojadi telah dibekukan selama 90 hari.

Wee berkata hanya akaun yang melibatkan pinjaman mikro kredit telah dibekukan.

"Akaun yang mana tidak berkaitan (Yayasan 1MDB) tidak dibekukan.

"Kojadi akan meneruskan operasinya seperti biasa dan menyediakan pinjaman kepada golongan muda untuk meneruskan pengajian mereka," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS