Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bingung melihat sikap Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang berdolak-dalik mengenai rundingan dagang antara negara itu dengan China.

"Kami bingung kerana pada satu hari Trump berkata beliau tidak mahu berbincang tetapi kemudian pada hari berikutnya beliau kata mahu berbincang dan berunding.

"Jadi saya benar-benar tidak tahu apa yang beliau perkatakan tetapi saya tahu China memiliki pendirian yang tegas. 

"Sekiranya kamu (AS) mengenakan cukai yang tinggi terhadap eksport, maka mereka (China) akan melakukan tindakan yang sama terhadap import dari AS," katanya pada sidang akhbat selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Ketika diminta pendapatnya jika rundingan dagang antara dua negara itu akan gagal kali ini, Mahathir secara berjenaka berkata: "Kami memang suka hendak berperang dengan AS, tapi kami kidak ada keupayaan jadi kami cuma boleh duduk dan menontonnya."

Sabtu lalu, pentadbiran Trump berkata rundingan dagang dengan China akan disambung semula selepas Beijing menegaskan AS perlu membatalkan tarif yang dikenakan sekarang supaya persetujuan dapat dicapai.

Trump dan Presiden China Xi Jinping bersetuju untuk menyambung semula rundingan dagang bulan lalu dan menggantung tarif baru tetapi tiada tempoh masa ditetapkan untuk rundingan selanjutnya.

Apabila Mahathir kembali menjadi perdana menteri pada Mei 2018, beliau berkata tiada rancangan segera untuk menghubungi Trump dan menyifatkan presiden AS itu sebagai "seorang yang menukar fikirannya dalam tempoh semalaman sahaja."

Pada Jun tahun lalu, perdana menteri berkata Malaysia boleh mendapat manfaat daripada pertikaian perdagangan antara AS dan China.

Katanya, Malaysia boleh menjadi perantaraan perdagangan di tengah-tengah pertikaian antara dua kuasa ekonomi dunia ini.

Pada September tahun lalu, Mahathir sekali lagi berkata terdapat keperluan untuk Trump supaya kekal konsisten, termasuklah perkara berkaitan polisi terhadap Asia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS