Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq saran media siasat kenapa Johor buat pusingan U
Diterbitkan:  Jul 10, 2019 12:41 PM
Dikemaskini: 4:41 AM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan mendedahkan apa yang berlaku di Johor sehingga kerajaan negeri tidak bersetuju dengan pindaan had umur belia.

Menteri belia dan sukan sebaliknya menyarankan pihak media menyiasat sendiri perkara itu.

“Saya dimaklumkan kenapa, mengapa perkara itu berlaku.

“Saya rasa jalan terbaik rakan media siasat sendiri kenapa perkara itu dilakukan walau telah dibincang secara konsensus,” katanya kepada pemberi di lobi parlimen.

Kerajaan Johor dalam tempoh 48 jam telah tiga kali mengubah pendirian daripada tidak setuju dengan ketetapan pusat, kemudian bersetuju dan kemudian kembali kepada had umur 40 tahun.

Dalam keputusan terkini malam tadi, exco Johor Sheikh Umar Baghrib Ali berkata keputusan terbaru itu dibuat selepas "perbincangan lanjut dan nasihat beberapa pihak".

Sheikh Umar Baghrib Ali 

Beliau tidak menamakan pihak itu.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas tengah malam tadi memuat naik gambar beliau dengan Sheikh Umar dan Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal dengan kapsyen umum: “Muafakat itu berkat. Allah Berkati Johor.”

Syed Saddiq bagaimanapun berkata kerajaan pusat akan tegas menjalankan usaha pembaharuan “walaupun ada rintangan”.

Ditanya sama ada terdapat perbincangan kedua-dua belah pihak, Syed Saddiq berkata perkara itu “terlalu banyak” berlaku.

“Saya jumpa dengan semua exco belia negeri, dah setuju. Dan juga dimasukkan bawah mesyuarat khas kabinet anak muda yang dihadiri Tun (Mahathir Mohamad).

“Tidak ada tentangan dan dipersetujui. Minit mesyuarat ada. Perkara diputuskan bersama.”

Perjumpaan dengan menteri besar juga dilakukan sebelum itu, katanya lagi.

Lihat Komen
ADS