Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang baru - dengan tambahan untuk pendaftaran pengundi automatik - dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu juga untuk meminda Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur untuk menjadi anggota Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.

Pembentangan dibuat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul RAhman dan RUU itu dijangka akan dibahaskan di perngkat dasar, serta bacaan kedua, pada 16 Julai ini.

RUU asal - yang hanya menurunkan had umur mengundi dari 21 ke 18 tahun - dibentang untuk bacaan pertama pada 3 Julai lalu, sebelum ditarik balik apabila pembangkang membayangkan mereka tidak akan menyokongnya.

Ia memerlukan majoriti dua pertiga anggota Dewan Rakyat untuk diluluskan.

Pembangkang meletakkan dua syarat untuk menyokong pindaan perlembagaan itu - memasukkan pendaftaran pengundi automatik dan menurunkan had umur untuk menjadi anggota Dewan Rakyat.

Dalam RUU baru ini, selain pindaan Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur layak mengundi, kerajaan juga mahu meminda Perkara 119 (4) untuk membolehkan pendaftaran pengundi automatik.

Ia juga memasukkan pindaan untuk Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, untuk perlembagaan negeri menurunkan had umur untuk menjadi anggota DUN daripada 21 kepada 18 tahun.

Menurunkan had umur minimum pengundi dan pendaftaran automatik merupakan antara janji dalam manifesto PH.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS