Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
FGV jual anak syarikat di China
Diterbitkan:  Jul 11, 2019 9:39 PM
Dikemaskini: 1:39 PM

FGV Holdings Bhd (FGV) semalam menandatangani Perjanjian Pemindahan Ekuiti dengan Grand Industrial Holding Co., Ltd (GIH) untuk penjualan kepentingannya sebanyak 100 peratus dalam FGV China Oils Ltd (FGVCO) dengan nilai RM100 juta (RMB165 juta).

GIH merupakan entiti yang diperbadankan di China dan disenaraikan di Bursa Saham Shenzhen. Dana pemegang saham FGVCO sehingga 31 Disember, 2018 berjumlah RMB107 juta, menurut FGV dalam kenyataan hari ini.

FGVCO adalah anak syarikat milik penuh FGV yang terletak di Dongguan, China.

Ia terlibat dalam pemprosesan, penapisan, penyimpanan dan pemasaran minyak makan untuk pasaran China.

FGVCO telah mengalami kerugian disebabkan perbezaan pasaran susulan persaingan daripada pembekal serantau. Penjualan itu tidak akan memberi sebarang impak yang ketara kepada perniagaan semasa FGV di China atau pelan strategik untuk pasaran China.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata cadangan penjualan FGVCO sejajar dengan pelan transformasinya untuk menjual aset yang tidak mencatat keuntungan dan menumpukan kepada memaksimumkan pulangan daripada perniagaan teras dan yang mencatat keuntungan.

Hasil daripada cadangan penjualan tersebut akan digunakan untuk keperluan modal kerja am syarikat.

Menurut kenyataan itu, cadangan penjualan itu dijangka tidak memberi impak yang ketara kepada pendapatan sesaham FGV Group.

FGV menjangka penjualan itu akan selesai antara akhir 2019 dan suku pertama 2020.

- Bernama

Lihat Komen
ADS