Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlepas pulang ke tanah air selepas melakukan lawatan khas tiga hari dengan jayanya di Arab Saudi.

Ketibaan Seri Paduka Baginda disambut oleh Gabenor Jeddah Putera Mishaal bin Majed bin AbdulAziz di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah sebelum meneruskan perjumpaan ringkas dan berlepas dengan menaiki sebuah pesawat khas pada pukul 8,00 pagi waktu tempatan, Ahad (1.00 pagi waktu Malaysia hari ini, Isnin).

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda dalam pesawat itu ialah anakanda Baginda, Tengku Amir Nasser, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram.

Terdahulu pada Ahad, semasa pertemuan dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, Sultan Abdullah antara lain menyatakan terima kasih dan berpuas hati dengan lawatan berkenaan.

Lawatan sulung Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah atas jemputan Raja Salman sendiri dilihat meningkatkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin sejak 1957.

- Bernama