Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PARLIMEN | Malaysia mencatatkan peningkatan 73.4 peratus dalam kelulusan pelaburan langsung asing (FDI) untuk tempoh suku tahun pertahan 2019 berbanding tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darrel Leiking, berkata bagi tempoh tersebut sebanyak RM29.3 bilion FDI diluluskan, berbanding hanya RM16.9 bilion antara Jan hingga Mac 2019.

Katanya sektor perkilangan masih menjadi fokus utama pelabur luar.

Anggota parlimen Penampang itu menambah sebanyak RM20.2 bilion dilaburkan untuk sektor perkilangan bagi tempoh tersebut, diikuti dengan sektor perkhidmatan.

Terdahulu Leiking menjawab soalan ketua pembangkang, Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang bertanya mengenai kelulusan FDI diberi kerajaan termasuk penjualan saham Khazanah Nasional dalam IHH Healthcare (IHH) Berhad kepada Mitsui dari Japan.

Kata Leiking ia tidak termasuk dalam pembelian saham IHH.

"IHH tidak dimasukkan kerana ia belum diluluskan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS