Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN | Menjadi tanda tanya apakah nasib harga bitcoin pada masa hadapan. Jawapannya bergantung kepada sumber mana ingin anda percaya, sama ada spekulatif terbaru - yang percaya ia akan berakhir dengan air mata - atau ia bakal menjadi mata wang pilihan di kemudian hari.

Pandangan bagi kedua-dua sumber itu dilihat samar atau tiada kepakaran kewangan.

Gelombang pertama para pelabur ke arah aset yang terbaru ini mempunyai persamaan dengan pencari gali emas berbanding pelabur stok dan bon, dan ketidakstabilan yang menyusul menguatkan persepsi orang awam terhadap mata wang kripo sebagai lebih banyak Wild West, dan kurang Wall Street.

Sama seperti kebanyakan benda baru - komputer peribadi, telefon mudah alih, internet - perubahan sebenar melibatkan dialog awam.

Ketika orang awam masih cuba mentakrifkan blokchains, Uber Geeks memasuki sidechains dan graf acyclical - dan pihak bertanggungjawab sepatutnya berwaspada mengenai kedudukan mereka dalam hierarki.

Tidak boleh dilupakan peristiwa pada Ogos 2018 apabila pengumuman daripada operator Intercontinental Exchange (ICE), New York Stock Exchange, mengenai pelancaran pertukaran “aset digital” global - yang dinamakan Bakkt - menjadi peristiwa penting kepada pembukaan pintu modal institusi ke dalam mata wang kripto, berkesan menghentikan salah satu perdebatan, iaitu sama ada nilai mata wang kripto naik atau turun. Jumlahnya meningkat secara eksponen walaupun untuk seketika.

Syarikat korporat bulge bracket seperti Starbucks dan Microsoft menguatkan jaminan pinjaman kepada platform Bakkt dengan membenarkan pelanggannya membayar barangan dan perkhidmatan mereka menggunakan mata wang digital.

Pada masa sama - dengan meningkatkan piawaian kecekapan keselamatan, penjagaan, dan penyelesaian - ianya membuka ruang untuk institusi, peniaga, dan penyertaan para pelanggan ke dalam pasaran aset digital.

Secara mudahnya, tanpa mengira pandangan anda mengenai nilai syiling, jumlah mereka melonjak naik.

Dibina untuk memenuhi keperluan pasaran

Malaysia mempunyai kedudukan yang unik untuk terlibat sama. Seperti kesemua teknologi baru, pelabur yang ada di pasaran sekarang bermotivasi untuk mengekalkan status quo dan melindungi aset sedia ada mereka.

Sama ada benar atau sebaliknya, mata wang kripto dilihat sebagai ancaman kepada perkhidmatan perbankan dan kewangan di mana aktiviti perdagangan, pensekuritian dan pengurusan aset dilakukan melalui pertukaran mata wang utama.

Di Asia, ini bermakna pusat kewangan terkemuka di Hong Kong, Singapura, Tokyo, dan Shanghai kesemuanya berpandangan tsunami yang mendatang ini dipenuhi dengan emosi yang meliputi kebimbangan kepada amaran, dan menjadi perlahan untuk memimpin peralihan perdagangan dari cara yang sedia ada ke kawasan baru yang belum dicartakan.


Baca Setelah setahun, Malaysia tidak gagal


Pasaran kewangan Kuala Lumpur jauh lebih kecil, dan ringgit Malaysia (RM) bukannya pilihan pertama bagi perdagangan antarabangsa.

Namun, Malaysia mempunyai bank-bank terkemuka di Asean (Maybank dan CIMB) dan juga mempunyai infrastruktur komersial bertaraf antarabangsa.

Dengan sokongan kawal selia yang betul, Malaysia boleh muncul sebagai pemimpin hab utama untuk inovasi aset digital di Asia, sama seperti Zurich yang menerajui benua Eropah.

Bank-bank di Malaysia sudah menikmati kedudukan teratas dalam Asean, yang merupakan blok ekonomi paling pesat berkembang di dunia merangkumi 550 juta orang, dengan KDNK berkembang melebihi 5 peratus setiap tahun.

Walaupun platform mata wang kripto sebahagian besarnya berada di AS dan Eropah, 70 peratus aliran modal ke aset digital sebenarnya mengalir dari Asia.

Ia menjadikan pasaran mata wang kripto (CCX) di rantau ini tidak dapat dielakkan.

Sementara itu, Singapura dan Hong Kong, kedua-duanya telah menyekat ICO dan crypto-exchange.

Dan akhir sekali, jangan lupa mengenai Tun Razak Exchange - projek gajah putih seluas 70 hektar di tengah bandar Kuala Lumpur - yang masih memerlukan pasaran kewangan generasi akan datang untuk mengisi bangunan pencakar langit itu.

Ia juga memerlukan pekerja-pekerja profesional dibawa masuk agar projek berkenaan tidak menjadi satu lagi masalah yang diwarisi daripada kerajaan dahulu.

CCX di TRX - sedap bunyinya, bukan?


DR RAIS HUSSIN ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir berfokuskan penyelidikan dasar berteraskan data, Emir Research. Ia ditunjangi nilai-nilai konsultansi, kesederhanaan dan kerapian.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS