Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Dana dipindah ke akaun Najib bukan derma atau hadiah'

KES NAJIB | Seorang Pengurus Rentas Ambank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa RM50 juta yang dipindahkan ke akaun bank bekas perdana menteri Najib Razak pada 2014 bukan ‘derma atau hadiah'.

Pengurus Unit Rentas Ambank di Wisma Amfirst, Petaling Jaya, Wedani Senen, 45, berkata transaksi itu melibatkan kiriman wang dari syarikat di Singapura dan Seychelles.

Beliau berkata wang itu dikirim oleh dua syarikat, iaitu Blackrock Commodities Global Limited dari Singapura dan Vista Equity International Partners dari Seychelles.

Saksi ke-24 pendakwaan itu berkata demikian bila diperiksa semula oleh pendakwa ad hoc Datuk V. Sithambaram pada hari ke-37 perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung pelesapan wang RM42 juta dari dana SRC International Sdn Bhd.

Ahli bank itu berkata dua transaksi itu menyenaraikan pemindahan wang itu ke dalam akaun bekas perdana menteri sebagai ‘pinjaman’.

Sithambaram: Mungkin tertulis di mana-mana pada borang kiriman wang bahawa tujuan bayaran itu adalah hadiah atau derma?.

Wedani: Tidak.

Terdahulu, beliau yang disahkan senarai dana yang dipindah ke dalam akaun Ambank Najib, menyatakan 19 Jun, 2014 dari Blackrock Commodities Global Ltd £750,000 (RM4,093,500); pada 21 Okt, 2014 dari Vista Equity International Partners £5,750,000 (RM30,320,250); 21 Nov, 2014 dari Vista Equity International Partners £694,343.62 (RM3,624,273.7); 24 Nov, 2014 dari Vista Equity International Partners £2,216.01 (RM11,567.57); 5 Dis 2014 dari Vista Equity International Partners £ 995,000 (RM5,360,065) dan pada 18 Dis, 2014 dari Vista Equity International Partners £ 1,264,462.29 (RM6,809,129.43)

Najib, 66, menghadapi tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan menyalahguna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pendengaran di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

- Bernama

Lihat Komen
ADS