Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim 'bersemangat' disaman Apandi
Diterbitkan:  Jul 16, 2019 6:39 PM
Dikemaskini: 10:39 AM

Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, menyambut baik saman RM10 juta dikemukakan Mohamed Apandi Ali, terhadapnya.

Kata Lim dengan adanya saman RM10 juta itu, peluang untuk Apandi menjelaskan mengapa bekas peguam negara itu "tidak aktif" semasa skandal 1MDB didedahkan.

Dalam kenyataannya hari ini Lim berkata beliau belum menerima dokumen berkaitan saman Apandi ketika berita mengenainya disiarkan semalam.

Pun begitu, kata Lim, beliau sudah mengarahkan peguamnya, Ramkarpal Singh, menerima saman berkenaan.

"Saya akan mencabar saman Apandi tetapi ia sesuatu yang melegakan rakyat Malaysia kerana sekarang mereka berpeluang mendapatkan jawapan mengapa Apandi tidak aktif sama sekali sebagai Peguam Negara selepas Jabatan Kehakiman AS (DOJ) memfailkan saman pelucuthakan kleptokratik terbesar (AS$1.7 bilion daripada AS$4.5 bilion aset yang berkaitan 1MDB) berhubung skandal 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan Apandi memfailkan saman terhadap Lim berhubung kenyataan penasihat DAP itu mengenai peranannya dalam skandal 1MDB.

Apandi antara lain menuntut ganti rugi am berjumlah RM10 juta daripada Lim.

Kata Lim, sejak beberapa hari lalu ada perkembangan terkini mengenai skandal 1MDB di dalam dan luar negara.

Antaranya, kata Lim, penerbit filem Hollywood, Joey McFarland, memulangkan beberapa hadiah pernah diberikan anak tiri Najib Razak, iaitu Riza Aziz, yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.

Yayasan Rahah juga, kata Lim, cuba mencari penyelesaian dengan kerajaan Malaysia selepas pertubuhan dinamakan sempena ibu Najib itu disenarai sebagai satu daripada 41 badan yang mendapat dana dari 1MDB.

Lim juga memetik keputusan DOJ untuk menyiasat Deutsche Bank mengenai pembabitan bank berpangkalan di Jerman itu dalam skandal 1MDB.

"Semua tiga episod yang berlaku sejak lima hari lalu menimbulkan persoalan sama: Mengapa Apandi tidak aktif dalam isu 1MDB semasa beliau menjadi peguam negara?" katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS