Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada tanda kecederaan fizikal dalam bedah siasat pelajar Nigeria
Diterbitkan:  Jul 16, 2019 11:34 PM
Dikemaskini: 3:34 PM

Bedah siasat Orhions Evansiha Thomas, pelajar PhD yang meninggal dunia baru-baru ini tidak mendedahkan tanda-tanda kecederaan fizikal, kata Canselor Hospital Tuanku Muhriz.

"Berdasarkan pemeriksaan forensik yang terperinci pada si mati, pakar forensik telah mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan fizikal pada badan si mati.

"Laporan lengkap bedah siasat akan dikeluarkan apabila semua keputusan ujian-ujian makmal termasuk toksikologi diperolehi untuk memastikan sebab kematian," kata kenyataan hospital itu hari ini.

Hasil bedah siasat itu dilihat mengesahkan kenyataan ketua pengarah ketua Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud yang mengatakan bahawa tidak ada tanda serangan fizikal dalam kematian warga Nigeria berusia 34 tahun itu.

Khairul sebelum ini berkata, Thomas telah meninggal dunia selepas mengalami sawan semasa tidur, ketika berada di bawah tahanan di Depot Penahanan Imigresen Bukit Jalil.

Sementara itu, hospital itu berkata ia telah menerima panggilan kecemasan pada 9 Julai jam 12.08 pagi mengenai seorang tahanan yang tidak sedarkan diri selepas mengalami sawan.

Ambulans dikejarkan pada 12.10 pagi dan tiba di pusat tahanan pada jam 12.30 pagi, sebelum Thomas diumumkan mati dan kemudian dihantar ke hospital pada 5 pagi untuk bedah siasat.

Lihat Komen
ADS