Kerajaan siasat pesawat misteri di Johor
Kementerian Pertahanan sedang menyiasat sama ada pesawat tidak dikenali yang berlegar-legar di ruang udara berhampiran Kampung Tebing Runtoh di Gelang Patah, Johor, berada dalam ruang udara Malaysia.
Kementerian Pertahanan sedang menyiasat sama ada pesawat tidak dikenali yang berlegar-legar di ruang udara berhampiran Kampung Tebing Runtoh di Gelang Patah, Johor, berada dalam ruang udara Malaysia.
Kampung tersebut dan beberapa kampung lain di Gelang Patah terletak hanya 500 meter dari sempadan Singapura.
Ketika ditanya sama ada pesawat itu milik Singapura, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Kita tidak boleh membuat andaian tetapi saya rasa ia satu kemungkinan. Namun saya tidak dapat mengulas lanjut sehingga ada pengesahan.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kementerian berkenaan sedang menemuduga pihak yang mengambil gambar tersebut.
"Kita hendak tahu lokasi mana dia berada ketika itu (agar) kita boleh tentukan sama ada pesawat itu berada dalam ruang udara kita ataupun tidak," katanya selepas menyampaikan ucaptama di seminar pegawai kanan Tentera Darat di Bukit Tinggi, Pahang hari ini.
Menurut Bernama, penduduk kampung di Gelang Patah diganggu bunyi bising pesawat yang tidak dikenali itu hampir setiap hari sehingga ke malam.
Najib berkata Malaysia tahu mengenai perkara-perkara seperti ini tetapi "kadang-kadang kalau pesawat itu kecil, ia memerlukan perhatian daripada individu ataupun orang ramai.
"Kita akan memantau. Kita sentiasa memantau," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.