Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nazri, dengar sini baik-baik - Najib
Diterbitkan:  Jul 17, 2019 1:33 PM
Dikemaskini: 5:33 AM

Bekas perdana menteri, Najib Razak hari ini mengingatkan penyokong lantangnya, Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa beliau tidak akan berdiam diri dan akan terus berjuang untuk membela rakyat.

“Dengar sini baik-baik. Najib tidak akan berdiam diri.

“Najib akan terus berjuang membela rakyat. Kalau nak bantu parti, dialu-alukan,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Facebook hari ini.

Malah, dalam hantaran tersebut, Najib berkata, Mohamed Nazri tidak sepatutnya meminta beliau atau mana-mana ahli BN untuk berdiam diri.

Sebaliknya, kata bekas perdana menteri itu, Mohamed Nazri perlu bergerak ke seluruh negara untuk melawan Pakatan Harapan (PH).

"Najib akan terus berjuang membela rakyat. Kalau nak bantu parti, dialu-alukan.

"Patut dia pergi jelajah seluruh negara. Lawan PH yang menindas rakyat. Bukan dengan cara suruh saya atau mana-mana ahli duduk diam," tulis Najib.

Bekas presiden Umno itu mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang menafikan dirinya tidak membantu parti ketika BN tidak lagi menjadi kerajaan.

"Bila saya serang parti? Tidakkah saya membantu parti dengan meminta Najib Razak mengasingkan diri?

"Itu kira membantulah pada saya. Tengok dia tidak mengasingkan diri, dia akan memudaratkan parti," kata Mohamed Nazri di Parlimen semalam.

Mohamed Nazri berkata demikian untuk menjawab kritikan ramai yang mendakwa bahawa beliau kini tidak bersikap seperti dahulu, malah lebih mesra dengan PH.

Lihat Komen
ADS